Kisah Kejayaan Zahir

“Dari Gagal Matematik dan Sains ke A Solid”

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, 
Saya Muhammad Zahir Alamin Bin Bahavddeen merupakan bekas murid kepada Cikgu Alfi. Saya belajar dua subjek secara dalam talian bersama beliau iaitu subjek sains dan matematik. Kedua-dua subjek ini merupakan subjek yang saya sangat lemah dan subjek sangat dirisaukan oleh saya ketika berada di tingkatan 5. Oleh sebab yang demikian, ibu bapa saya mengambil keputusan untuk menghantar saya ke kelas tuisyen.

Alhamdulillah Allah SWT temukan saya dengan Cikgu Alfi ketika beliau di jemput oleh pihak sekolah untuk membuat seminar bagi subjek matematik dan sains beberapa bulan sebelum peperiksaan SPM berlangsung. 
Setelah itu, ibu bapa saya bersetuju untuk saya menyertai kelas secara dalam talian yang di buat oleh Cikgu Alfi. Sangat menarik untuk saya ceritakan bahawa saya merupakan seorang murid yang selalu gagal dalam subjek matemak. Cuba kalian bayangkan, saya baru dapat tahu cara untuk menyelesaikan persamaan serentak ketika saya berada di tingkatan 5. Boleh bayang atau tidak betapa parahnya kemahiran matematik saya pada ketika itu?

Begitu juga untuk subjek sains. Subjek sains merupakan subjek yang paling saya tidak suka, tetapi perkara itu berubah ketika saya belajar bersama Cikgu Alfi. Kelas sains beliau tidak membosankan langsung! Sambil kami belajar, sambil kami bergurau senda. Lebih menarik lagi apabila gurauan Cikgu Alfi bukan hanya sekadar gurauan namun gurauan yang berisi dan ilmu tersirat di dalamnya yang membantu saya untuk ingat segala yang di ajarkan oleh Cikgu Alfi dan membantu saya untuk menjawab soalan SPM.

Alhamdulillah berkat saya belajar dengan Cikgu Alfi, Allah kurniakan saya keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan SPM 2023 bagi subjek matemak dan sains. Alhamdulillah saya bersyukur kerana saya merupakan seorang yang pernah gagal dalam subjek Sains dan Matematik dan ketika saya mendapat keputusan SPM 2023, saya mendapat keputusan A SOLID bagi kedua-dua subjek tersebut. Dalam kesempatan ini saya ingin beritahu kepada adik-adik sekalian bahawa masih tidak terlambat untuk kalian berusaha mendapatkan A dalam mana-mana subjek yang kalian lemah. Berusahalah sedaya upaya dan senasa bertanya dengan guru dan yang paling penting adalah kalian jaga hubungan dengan ibu bapa , guru-guru, rakan-rakan, sekalian makhluk dan Allah SWT. Mudah- mudahan perkongsian saya memberi manfaat buat kalian. Semoga kalian berjaya di dalam SPM 2024! Jangan lupa untuk doakan saya sekali ye! 
Sekian daripada saya murid yang gagal kepada A , wabillahi taufiq wal hidayah , Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

Muhammad Zahir Alamin Bin Bahavddeen

SMK Selayang Bharu